Cinta Syok Sendiri... padan muka aku...

Dicatat oleh Amar Danie on Jumaat, 31 Disember 2010

Aku terlalu sayangkan dia. Aku terlalu cintakan dia. Tapi kenapa dia tak pernah menghargai perasaan aku padanya? Setiap hari aku ungkapkan perkataan,

Saya sayang awak. Saya rindu awak. Saya cintakan awak. Ingat selalu, setiap detik saya ingatkan awak dan sayangkan awak.

Tapi, kata-kata itu seolah tiada bermakna baginya. Aku berhabis kredit telefon. Kadang kala hampir RM30 sehari aku top semata-mata ingin menelefonnya. Kadang kala sehari RM10 ringgit aku habiskan untuk menghubunginya. Tapi, dia tidak pernah sedar akan kasih sayang aku terlalu tulus padanya.

Kenapa terlalu sukar untuk dia menerima cinta dan sayang aku? Aku sudah sedaya upaya memupuk kesabaran aku untuk terus berharap padanya. Tapi, kenapa aku terus diperlakukan begini? Kenapa dia masih tidak nampak yang sayang dan cinta aku padanya terlalu luhur. 

Alasan yang sering dia berikan adalah, dia belum bersedia. Aku tahu dia baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya beberapa minggu yang lalu. Terlalu awalkah aku mengharap cintanya untuk aku? Disaat dia kegoyahan. Di saat dia kehilangan semangat untuk terus hidup, aku terus sentiasa di sisinya agar dia boleh melupakan bekas kekasihnya yang hampeh tu. Aku selalu menekankan konsep hidup simple tapi casual. Tapi, hidup aku sering dihambat rasa rumit yang cukup menyesakan jiwa. Rakan-rakanku sering memberitahu pada aku,

Lupakan aje lelaki macam tu. Kau tu ada rupa dan dikenali ramai. Kenapa perlu mengharap pada lelaki yang sikitpun tak memandang keikhlasan cinta kau tu?

Persetankan dengan lelaki macam tu. Aku percaya suatu hari nanti dia akan menyesal kerana sedikit pun tak pernah nak menghargai kau.

Begitu mudah kawan-kawan aku berkata-kata. Tapi yang menanggungnya adalah aku. Setiap saat aku teringatkan dia. Risaukan dia. Sedangkan dia? Kalau aku tak SMS dia jangan harap dia nak SMS aku. Dia tak pernah nak call aku. Sedangkan aku berhabis nak call dia. Adakah cinta aku tak berbalas. YA! AKU SEDAR CINTA AKU TAK BERBALAS. Tapi aku aje yang buat-buat buta tak nampak.

Perlukah aku terus menaruh harapan pada sesuatu yang tak akan aku dapat???