Jujur Aku Tak Sanggup

Dicatat oleh Amar Danie on Sabtu, 1 Januari 2011



Jujur Aku Tak Sanggup ~ [download lagu ini] 

Oh ini kisah sedihku
Ku meninggalkan dia
Betapa bodohnya aku
 
Dan kini aku menyesal
Melepas keindahan
Dan itu kamu

reff:
Tuhan tolonglah aku
Kembalikan dia
Ke dalam pelukku
Karena ku tak bisa
Mengganti dirinya
Ku akui jujur aku tak sanggup
sungguh aku tak bisa

Dan tlah ku jalani semua
Cinta selain kamu
Tapi tak ada yang sama

Beribu cara kutempuh
Tuk melupakan kamu
Tapi tak mampu

repeat reff

oooo, sungguh aku tak bisa
jujur aku tak sanggup
sungguh aku tak bisa
huuuuu, yeeeee


Sejak malam tadi aku terus mendengar lagu ini berulang kali dan aku telah menjadikan lagu ini sebagai tema blog aku ini buat masa ini. Lirik dia sungguh indah dan aku memang nak tujukan lagu ni untuk dia. Biar dia sedar yang aku ini juga ada perasaan pada dia. Aku ni bukannya patung yang boleh di ambil masa sunyi dan buang masa sudah tak sunyi. Bila nak aku diambil. Bila tak nak aku dibuang. Aku pun tak tahu apa yang dia nak aku buat lagi supaya dia boleh terima cinta aku. Aku dah berusaha sehabis baik untuk dia menerima cinta aku. Tapi dia seolah buat-buat tak nampak dengan apa yang aku cuba buat pada dia. Seolah segala pengorbanan aku selama ini tidak pernah berharga di dalam hidup dia. Kenapa aku diperlakukan begini?

Pagi tadi aku menerima panggilan telefon selepas aku nekad untuk mengeringkan hati aku. Dan panggilan itu adalah panggilan dia. Dan dia meminta maaf atas apa yang telah dia lakukan pada aku. Pengabaian dia terhadap diri aku. Aku gembira sangat dan secara tidak langsung harapan yang cuba aku musnah malam tadi kembali menebal. Adakah panggilannya dan maafnya pagi tadi jujur dan ikhlas lahir dari hatinya? Aku pun tidak tahu apa yang tersirat di hatinya. Jujur aku tak bisa nak melupakan dia. Hati aku dan sayang aku hanya untuk dia seorang walaupun kawan-kawan aku mengecam aku kerana aku boleh dapat lelaki yang lebih baik dari dia. Tapi, soal perasaan dan jiwa mana boleh paksa. Aku dah sayang dia. Aku dah cintakan dia. Susah aku nak melupakannya.

Dan sekarang aku masih mendengar lagu ini berulang kali. Aku sungguh sedih sekarang ni. Aku di dalam dilema sama ada nak teruskan pengharapan ini atau matikannya dan berikan peluang yang aku ada kepada orang lain. Sampai bila aku nak menanti cinta dia yang tak akan ada untuk aku. Lebih baik aku bukakan pintu hati aku untuk sesiapa yang boleh menghargai aku. Dari mengharap dari perkara yang tak ada labih baik aku beri harapan aku kepada yang memerlukan. Tapi masalahnya sekarang. Sanggupkah aku kehilangan dia walaupun aku tahu dia memang tak pernah cintakan aku? Persoalan yang masih merungsingkan kepala aku ketika ini.