Aksesori & Ketrampilan aku suka

Dicatat oleh Amar Danie on Sabtu, 1 Januari 2011

Selberan membawa pembaharuan pada gaya maskulin dengan rekaan barang kemas yang sofistikated untuk kaum lelaki. Rangkaian terkini hadir dengan beberapa loket dan cincin dalam gaya kontemporari. Loket terilham dari perkakas biasa-pemutar skru disadur emas 18K dan bertatah berlian. Cincin pula direka dengan permukaan bertekstur, rekabentuk baru untuk cincin lelaki. Ia lebih elegan dan glamor. Barang kemas Selberan sesuai untuk jejaka yang gemar menyerlahkan keperibadian. Harga bermula dari RM3500.


Antioni, jenama pakaian sukan terkenal di Malaysia memperkenalkan rangkaian pakaian sukan terbaru yang berpatutan, bergaya dan berinspirasikan pelbagai acara sukan khas untuk lelaki serta wanita muda. Rangkaian terbaru terdiri dari dua kategori iaitu “Performance Sports” dan “Active Sports”. Rangkaian “Performance Sports” terdiri dari pakaian menggunakan material ‘Microfibre’ dengan teknologi ‘cooltech’. Kering, ringan dan selesa. Manakala rangkaian “Active Sports” menawarkan setiap individual dengan aura inspirasi walaupun selepas perlawanan. Sesuai untuk gaya hidup yang aktif. Rekaan bergaya dengan grafik sukan dan jahitan timbul. Menggunakan fabrik kapas ringan, koleksi ini terdapat dalam warna Sporty Red, Dark Violet, Melange dan Pastel Pink. Lebih fleksibiliti dan selesa.

Bertempat di atas bumbung, Lot 10, baru-baru Safilo memperkenalkan koleksi kaca mata musim panas/bunga 2011 untuk lelaki yang mementingkan gaya dan penampilan. Koleksi terbaru yang diperkenalkan terdiri daripada jenama seperti Tommy Hilfiger, Carrera, Giorgio Armani, Gucci, Boss Orange dan banyak lagi yang menampilkan rekaan kontemporari. Pastinya ia dapat memenuhi setiap gaya hidup anda.


Nike memperkenalkan koleksi kasut bola terbaru, Nike5. Koleksi terbaru ini terdiri dari Nike5 Bomba Finale (Cage) yang sesuai untuk permainan dalam dan luar, Nike5 Elastico Finale (Caneta) untuk permainan dalam gelanggang, manakala Nike LunarGato (Sala) sesuai dipakai untuk permukaan gelanggang yang keras. Dengan pelbagai permukaan dan gaya, koleksi Nike5 ini direka dengan spesifikasi tepat dan sesuai untuk perlawanan kecil. Koleksi penuh Nike5 kini telah berada di pasaran dengan harga jualan Cage (RM369), Caneta (RM359) dan Sala (RM299).